Search This Blog

Thursday, 7 July 2011

refleksi ICT 28 jun 2011 (selasa)

             Saya telah mengetahui sedikit sebanyak mengenai TMK (teknologi maklumat dan komunikasi) dari pelbagai sudut khususnya dari segi definisi dan fungsi.Dalam pada itu,puan Zakiah turut menerangkan sebilangan dari perkakasan komputer kepada kami.


             Tidak lupa juga,kami turut diperkenalkan dengan generasi-generasi komputer sejak generasi awal (1941-1956) iaitu ENIAC (electronic numerical integrator and computer).Tenaga kerja yang terlibat dalam perusahaan komputer ini ialah John Presper Ecket dan John W. Mouchly.Namun,pada peringkat tersebut,komputer pertama ini hanya mampu beroperasi menggunakan bahasa mesin , malah ianya dibina berasaskan penggunaan tiup hampagas dan drum magnetik untuk beroperasi.


             Kemudian , komputer seterusnya pula wujud iaitu EDVAC (electronic discrete variable automatic computer) pada tahun 1945.Komputer ini mampu untuk menyimpan dan memegang data berbanding dengan ENIAC.


              Pada tahun 1951 Remington rand pula muncul dengan hasil ciptaannya iaitu UNIVAC I (universal automatic computer).

No comments:

Post a Comment