Tidak lupa juga saya baru sahaja mengetahui maksud www iaitu world wide web di mana serbelum ini saya tidak kenal pun singkatan tersebut . Selain itu,pengguna komputer turut dibahagikan kepada dua iaitu pengguna biasa dan juga pencipta perisian . Sesebuah komputer tersebut diistilahkan amat berkuasa apabila mempunyai storan yang tinggi , kebolehpercayaan dan konsistennya ,kelajuan dan ketetapan memproses maklumat dan akhir sekali sistem perhubungannya yang canggih .
Sistem perhubungan ini termasuklah modem dan router.
Fungsi router (penghala)
Penghala (Router) berfungsi sebagai sebuah alat penghubung di antara rangkaian komputer yang berlainan. Semasa paket dihantar, router akan menjalankan beberapa proses penting antaranya ialah: membuat terjemahan protokol, mengemaskini jadual haluan, mengirim paket, membungkus paket dan membuka bungkusan paket. Selain itu juga router berperanan untuk menapis trafik dengan membenarkan paket tertentu sahaja. Ini membolehkannya bertindak sebagai alat pelindung ringkas bagi rangkaian anda.
Pada masa ini ,pengguna menggunakan internet sebagai media untuk berhubung , mencari imformasi , membeli belah , pembelajaran dan lain-lain lagi .
No comments:
Post a Comment