Search This Blog

Saturday, 30 July 2011

resume tmk


Nama : Mohamad Zabidi bin Mohamad Ali
Alamat : Kampung Jemoreng, 96250 Matu ,Mukah Sarawak
No. Telefon : 013-5610518
Email : vdeematts@gmail.com
            chiakinodame@rocketmail.com
Warganegara : Malaysia
Tarikh lahir : 29 Jun 1993
Tempat lahir : Kampung Salah Kechil,96200,Daro,Sarawak
Maklumat diri : Seorang yang bermotivasi,tidak mudah mengalah.
Pendidikan : 2006-2010    SMK Agama Igan,Mukah,Sarawak
                     2011-            IPG Kampus Darulaman
Hobi : Melukis,membaca komik,membaca novel(THRILLER)

tmk 27 julai 2011

 Hari ini kami telah mempelajari cara-cara membuat slip peperiksaan untuk markah pelajar dengan menggunakan perisian microsoft word.
Puan Zakiah telah menerangkan cara membuat pemarkahan tersebut satu persatu kepada ahli kelas pemulihan 1.
Selain itu,secara tidak langsung,Puan Zakiah turut mengajar cara menghitung purata markah dengan menggunakan microsoft excel.

Sunday, 17 July 2011

tmk 18 julai 2011.

             Sistem komputer terbahagi kepada dua iaitu perisian dan perkakasan.Dalam perisian terbahagi kepada tiga iaitu perisian sistem , perisian aplikasi dan perisian utiliti .Perisian aplikasi merangkumi perisian yang digunakan untuk keperluan harian contohnya microsoft word (pemprosesan) ,microsoft power point (persembahan) , microsoft excel (hamparan elektronik),dan adobe photoshop (pengeditan).
                 
Virus komputer terdiri daripada pelbagai jenis iaitu;
           
BOOT SECTOR - Menduduki sebahagian daripada bahagian cakera keras atau disket pada bahagian rekod boot utama(MBR).Ia akan mendiamkan dirinya ssehingga ia dihidupkan oleh aturcara tersebut.

PARTITION TABLE - Ia menyerupai virus boot sector tetapi ia menyerang "partition table" cakera keras(ruang simpan maklumat bagaimana cakera keras dicapai) dengan menggerakkan ia ke sektor yang baru dan menggantikan sektor yang ada dengan kod yang dijangkiti virus. Virus akan disebarkan daripada partition table ke boot sector disket jika disket digunakan.

FILE VIRUS - Virus jenis ini adalah virus yang biasa didapati pafa fail-fail. Virus ini akan mencantumkan dirinya kepada fail .exe dan ia akan menghalang fail itu daripada berfungsi. Ia juga mampu mengubahsuai dan merosakkan fail itu bagi memudahkan ia disebarkan sebelum ia dikesan. Antara jenis virus yang dimuatkan dalam kategori ini ialah virus polimorfik(sering berubah) dan virus stealth(tidak meninggalkan kesan).

MULTIPARTITE VIRUS - Ia mempunyai ciri-ciri yang sama dengan virus boot sector dan virus fail. Ia bercantum kepada fail dan mengubahsuai MBR cakera keras. Ia memerlukan pengkodan yang kompleks.Virus jenis ini jarang didapati tetapi ia mampu melakukan tindakan yang menghancurkan

MACRO VIRUS - Virus jenis ini masih baru dan yang pertama muncul pada Julai 1995 di dalam MS WORD.Secara tidak langsung semua fail yang menggunakan aplikasi Word,Excel dan aplikasi lain yang menggunakan makro. Ia boleh menghasilkan jaringan arahan didalam sebuah fail yang menjalakan arahan setiap kali sesuatu kombinasi kekunci itu ditekan.Terdapat juga virus makro yang merosakkan dan memusnahkan fail lain.

TROJAN HORSE - Virus ini tidak mereplikasikan dirinya dengan itu ia sering dianggap bukan virus sepenuhnya tetapi ia masih mampu menghasilkan sebuah kerosakkan yang besar. Ia sering dimuatkan dalam program yang baru atau sah kerana ia sering digunakan oleh pengguna. Apabile ia dihidupkan ia akan memaparkan mesej, menukar data atau memusnahkan banyak fail.

WORMS - Virus ini juga bukanlah virus yang sepenuhnya kerana ia tidak menjangkiti fail lain tetapi ia mereplikasikan dirinya dengan cepat. Setiap kali ia mengeluarkan salinan.Hasilnya ialah penghasilan banyak worm dalam masa yang pendek dan memakan ruang cakera keras. Ia merebak menerusi rangkaian atau emel dan memenuhi ruang storan rangkaian atau simpanan emel.

Tuesday, 12 July 2011

refleksi 11 julai 2011 (isnin)

            Pada hari ini , saya telah mempelajari pelbagai kegunaan komputer termasuklah kegunaan komputer dalam kehidupan seharian . Komputer adalah satu kemudahan yang amat berguna dari pelbagai aspek khususnya dalam pencarian maklumat . Dalam pencarian maklumat sistem rangkaian amat penting tidak kira sama ada dihubungkan melalui kabel mahupun tanpa wayar .
            Tidak lupa juga saya baru sahaja mengetahui maksud www iaitu world wide web di mana serbelum ini saya tidak kenal pun singkatan tersebut . Selain itu,pengguna komputer turut dibahagikan kepada dua iaitu pengguna biasa dan juga pencipta perisian . Sesebuah komputer tersebut diistilahkan amat berkuasa apabila mempunyai storan yang tinggi , kebolehpercayaan dan konsistennya ,kelajuan dan ketetapan memproses maklumat dan akhir sekali sistem perhubungannya yang canggih .

           Sistem perhubungan ini termasuklah modem dan router.

                                  Fungsi router (penghala)

Penghala (Router) berfungsi sebagai sebuah alat penghubung di antara rangkaian komputer yang berlainan. Semasa paket dihantar, router akan menjalankan beberapa proses penting antaranya ialah: membuat terjemahan protokol, mengemaskini jadual haluan, mengirim paket, membungkus paket dan membuka bungkusan paket. Selain itu juga router berperanan untuk menapis trafik dengan membenarkan paket tertentu sahaja. Ini membolehkannya bertindak sebagai alat pelindung ringkas bagi rangkaian anda.


            Pada masa ini ,pengguna menggunakan internet sebagai media untuk berhubung , mencari imformasi , membeli belah , pembelajaran dan lain-lain lagi .

Thursday, 7 July 2011

refleksi ICT 28 jun 2011 (selasa)

             Saya telah mengetahui sedikit sebanyak mengenai TMK (teknologi maklumat dan komunikasi) dari pelbagai sudut khususnya dari segi definisi dan fungsi.Dalam pada itu,puan Zakiah turut menerangkan sebilangan dari perkakasan komputer kepada kami.


             Tidak lupa juga,kami turut diperkenalkan dengan generasi-generasi komputer sejak generasi awal (1941-1956) iaitu ENIAC (electronic numerical integrator and computer).Tenaga kerja yang terlibat dalam perusahaan komputer ini ialah John Presper Ecket dan John W. Mouchly.Namun,pada peringkat tersebut,komputer pertama ini hanya mampu beroperasi menggunakan bahasa mesin , malah ianya dibina berasaskan penggunaan tiup hampagas dan drum magnetik untuk beroperasi.


             Kemudian , komputer seterusnya pula wujud iaitu EDVAC (electronic discrete variable automatic computer) pada tahun 1945.Komputer ini mampu untuk menyimpan dan memegang data berbanding dengan ENIAC.


              Pada tahun 1951 Remington rand pula muncul dengan hasil ciptaannya iaitu UNIVAC I (universal automatic computer).